APAKAH PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIK

apakah maksud pembiayaan peribadi islamik

APAKAH MAKSUD DAN BAGAIMANA PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIK BERFUNGSI

Pembiayaan peribadi Islamik adalah produk yang dijalankan menerusi perbankan Islam. Perbankan Islam adalah sistem perbankan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan berasaskan prinsip Shariah (Hukum Islam) yang mengharamkan Riba (Pengumpulan dan pembayaran faedah), Usury (Tindakan atau amalan meminjamkan wang pada kadar faedah yang amat tinggi), Perdagangan yang mempunyai risiko kewangan (Opsyen dan pasaran hadapan) dan Usaha niaga yang haram (dilarang). Elemen kepatuhan Shariah inilah yang menjadi keistimewaan produk-produk kewangan Islam.

PRINSIP ASAS PERBANKAN ISLAM ADALAH PERKONGSIAN UNTUNG DAN RUGI DAN LARANGAN RIBA.

Tujuan Perbankan Islam dalah sama seperti perbankan Konvensional. Bezanya adalah operasi perbankan Islam menjalankan transaksi mengikut peraturan Shariah yang dikenali sebagai Fiqh al-Muamalat.

Diantara konsep Islam yang biasa digunakan dalam perbankan Islam adalah :

  • Perkongsian (Mudharabah)
  • Simpanan (Wadiah)
  • Perkongsian Untung Rugi (Musharakah)
  • Perjanjian Jual Beli (Murabahah)
  • Pajakan (Ijarah)

Perbankan Islam di Malaysia dipantau oleh Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan oleh BNM. Disamping itu, perbankan Islam dan perbankan konvensional yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan Islam perlu menubuhkan jawatankuasa penasihat Shariah masing-masing atau melantik perunding penasihat dan memastikan bahawa operasi, kegiatan dan produk mereka mematuhi prinsip Shariah.

DI SEBALIK TANGGAPAN SESETENGAH ORANG, PERBANKAN ISLAM SEBENARNYA ADALAH UNTUK SEMUA ORANG TANPA MENGIRA AGAMA MEREKA.

KONSEP PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIK

KONSEP BAI’ AL-‘INAH

Bai’ Al-‘Inah adalah antara kontrak produk yang biasanya digunapakai oleh sesetengah perbankan Islam di Malaysia sebagai kontrak asas menyediakan pembiayaan peribadi, kad kredit dan ia turut digunakan dalam pasaran modal Islam. Bai’ Al-‘Inah berlaku apabila seseorang menjual barangan secara tangguh dan membeli secara tunai kemudiannya dengan harga yang lebih murah.

Dalam pembiayaan peribadi, aset yang terlibat dalam konsep Bai’ Al-’Inah untuk membeli dan menjual adalah berbentuk wang tunai. Bai’ Al-‘Inah juga tidak boleh dilaksanakan kepada barang-barang ribawi seperti emas dan perak. Di samping itu, kontrak jual dan beli semula mestilah berasingan dan tidak digabungkan bersama.

Bai’ Al-‘Inah juga membantu bank-bank Islam dalam menyediakan kemudahan kad kredit kepada pelanggan. Bank Negara Malaysia (BNM) memantau dan mengawal operasi kad kredit ini dengan penguatkuasaan Garis Panduan Kad Kredit-i pada 1 Ogos 2004.

KONSEP MURABAHAH (TAWARRUQ)

Tawarruq secara umumnya merujuk kepada urus niaga muamalah yang melibatkan dua peringkat urus niaga. Pada peringkat pertama, urus niaga tersebut melibatkan pembelian secara kredit antara pembeli dengan penjual asal sesuatu aset, dan pada peringkat kedua, pembeli kemudiannya akan menjual aset tersebut secara tunai kepada pihak ketiga. Ia dinamakan Tawarruq kerana ketika membeli aset tersebut secara kredit, pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkan, tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang tunai.

Secara ringkasnya Tawarruq ini berlaku di mana pihak institusi kewangan akan membeli sesuatu barang daripada pasaran, kemudian barang tersebut akan dijualkan kepada pelanggan secara Murabaḥah (harga kos ditambah keutungan). Bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan, pihak bank akan bertindak sebagai wakil kepada pelanggan untuk menjual barang tersebut di pasaran dengan harga tunai.

PERBEZAAN ANTARA BAI’ AL-‘INAH DAN TAWARRUQ

Berdasarkan definisi dan konsep yang diberikan, maka kita boleh membuat perbandingan secara kasar di antara kontrak Bai‘ Al-‘Inah dan Tawarruq. Memang tidak dapat dinafikan bahawa matlamat dan tujuan kedua-kedua kontrak ini adalah sama iaitu untuk mendapatkan tunai melalui akad jualan. Akan tetapi terdapat perbezaan yang jelas dari segi pengoperasian iaitu :

  • 15Didalam kontrak Tawarruq, ia memerlukan kepada penglibatan sekurang kurangnya tiga pihak yang tiada kaitan antara satu sama lain. Selain itu, barang yang dijual dalam kontrak Tawarruq tidak akan kembali kepada pemilik asal.
  • Didalam kontrak Bai‘ Al-‘Inah sebaliknya hanya melibatkan dua pihak. Akan tetapi, dalam kontrak Bai‘ Al-‘Inah, ia membawa kepada barang yang dijual itu kembali kepada pemilik asal.

APAKAH PERBEZAAN DIANTARA PEMBIAYAAN ISLAMIK DAN PINJAMAN KONVENSIONAL

DEFINASIPERBANKAN ISLAMPERBANKAN KONVENSIONAL
Kemudahan Pembiayaan Peribadi Pinjaman Peribadi
Kontrak
Tawarruq atau Bai’ Al-Inah
Perjanjian Jual dan Beli untuk menghasilkan tunai
Perjanjian antara Pemberi Pinjaman dan Peminjam
KonsepBerdasarkan konsep penjual dan pembeli Berdasarkan konsep pemberi peminjam dan pemberi pinjaman
KeuntunganTerhasil daripada kontrak jual & beliTerhasil daripada faedah atas transaksi pinjaman
Penyelesaian Awal
(Early Settlement)
Boleh nikmati ‘ibra’ (rebat) ke atas harga jualan tanpa dikenakan sebarang penalti Dikenakan penalti sekiranya membuat penyelesaian awal dalam ‘lock-in’ period
Lewat Bayar Gantirugi (ta’widh) akan dikenakan Penalti atau ‘compounding’ akan dikenakan
Bayaran BulananAmaun adalah tetap sepanjang tempoh pembiayaan Amaun akan berubah mengikut perubahan Kadar Pinjaman Asas (Base Lending Rate ’BLR’)
Jaminan PerlindunganTakafulInsurans

RUMUSAN

Oleh itu, tidak seperti pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank konvensional yang mempunyai kadar faedah, produk pembiayaan peribadi Islamik akan menawarkan pembiayaan peribadi dengan kadar keuntungan yang akan ditentukan dalam kontrak pembiayaan peribadi mengikut garis panduan berasaskan prinsip Shariah yang telah ditetapkan oleh BNM dan dipantau oleh jawatankuasa penasihat Shariah masing-masing.


PRODUK-PRODUK PEMBIAYAAN PERIBADI ISLAMIK

pembiayaan peribadi islamik public bank

PUBLIC ISLAMIC BANK

  • Kadar Payout Setinggi 98%
  • Sign LO di branch berdekatan anda
  • Pengiraan DSR Terendah

pembiayaan peribadi islamik yayasan ihsan rakyat

YAYASAN IHSAN RAKYAT

  • Proses Sepantas 48 Jam
  • Komitmen Luar TIDAK Dikira
  • Ctos,Ccriss, Blacklist, Akpk Layak Mohon

pembiayaan peribadi islamik yayasan perlis

YAYASAN PERLIS

  • Proses Sepantas 48 Jam
  • Yuran koperasi paling Rendah
  • Terbuka Kepada Semua Gred Jawatan

ARTIKEL-ARTIKEL KEWANGAN MENARIK

Disamping itu, kami juga ada menyediakan beberapa artikel kewangan yang menarik untuk anda mengetahui dengan lebih jelas lagi mengenai :

Kami akan sentiasa menambahbaik kandungan info serta tips kewangan dari masa ke semasa. Jangan lupa untuk “SUBSCRIBE” dan mengunjungi laman web kami lagi untuk membaca artikel-artikel menarik ini.


HUBUNGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PELANGGAN KAMI

cta-call
cta-wassap